Sepatah Dua Kata
Laman ini membicarakan tentang isu- isu sastera yang dibicarakan pada masa kini.Warisan sastera yang diperturunkan oleh nenek moyang kita dari akar umbi telah semakin hilang ditiup angin kuning. Jika tiadanya sastera sebagai cerminan bangsa Melayu. Kejatian dan keindahan bahasa dan bangsa Melayu di negara kita akan hilang tanpa kita sedar.Kesusasteraan pula sukar untuk diberikan definisi yang universal, justeru sastera bukan sesuatu yang dijumpai tetapi sebuah nama yang diberikan kepada sesebuah karya tertentu dalam lingkungan budaya tertentu. Bagaimanapun dapat disimpulkan bahawa kesusasteraan ialah ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Di dalamnya ada bahan yang indah, bahasa yang indah dan teknik penceritaan yang indah. Yang indah dalam kesusasteraan juga bukan hanya yang cantik di mata tetapi mempunyai nilai estetika yang tersendiri .
Sastera siber mula mendapat tempat oleh kebanyakan pengguna dan juga peminat sastera sebagai medan alternatif untuk meneruskan kesinambungan karya mereka menemui khalayak. Sebagai antara pilihan terbaik, ia secara tidak langsung bergerak sesuai dengan perkembangan semasa dalam dunia teknologi maklumat, yang memungkinkan semua manusia berada dalam satu ‘kampung’. Terdapat beberapa laman utama yang menyediakan ruang untuk peminat dan juga kelompok penulis, teruatamanya generasi baru untuk berkarya. Antaranya ialah laman Pustakamaya.net, Melayu.com, Karyanet.com.my, arahkiri.cjb.net, idealis-mahasiswa.net, www.esastera.com, dan beberapa lagi. Namun, antara yang ramai itu, yang agak menonjol ialah laman www.esastera.com. Istimewanya laman ini apabila ia merupakan satu-satunya laman siber yang memuatkan sepenuhnya hasil-hasil karya sastera dalam pelbagai genre oleh kebanyakan pengunjungnya. Malah ia juga dikenali sebagai majalah sastera elektronik. Komitmen pengendalinya inilah yang menjadikannya antara laman yang menarik untuk dikunjungi dan seterusnya berkarya di situ. Oleh yang demikian, Penghasilan laman ini oleh saya adalah untuk bersama-sama dengan pencinta -pencinta sastera negara memartabatkan bidang kesusasteraan tanah air daripada rebah dalam arus kemodenan kini.