Utusan Online
ARKIB : 28/06/2009 .
Sisi lain tentang sastera
Oleh Mohd Ali Atan Dalam rencana sastera berjudul Ke Mana Hala Tuju Sastera Melayu?, Zariat Abdul Rani mengemukakan pandangan Syed Hussein Al-Attas, Syed Naguib Al-Attas, V I Braginsky, Affandi Hassan dan Wan Nor Wan Daud. Rencana sastera ini telah diangkat sebagai pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-ExxonMobil 2007 dan dibukukan dalam antologi berjudul Dari Suatu Tikungan Lorong. Panel berpendapat makalah tersebut telah mengemukakan suatu pandangan lain tentang konsep kesusasteraan. Walaupun kontradik dengan pemikiran semasa, pandangan ini dapat menghidupkan perbincangan dalam perkembangan dunia sastera kontemporari.
Pandangan saya, makalah ini bukanlah menyuguhkan suatu pandangan yang baharu melainkan membuat penegasan semula ke atas pandangan yang telah wujud sebelum ini. Makalah ini juga berhajat untuk menegakkan pandangan Syed Muhammad Naquib Al-Attas bahawa Hamzah Fansuri seorang pengarang sufi pada abad-17 sebagai Bapa Kesusteraan Melayu Moden.
Makalah tersebut secara tuntasnya menolak Abdullah Munsyi sebagai Bapa Kesusasteraan Melayu Moden dengan menegaskan pandangan Al-Attas iaitu menolak barat yang membawa kemajuan dan kemodenan dengan membawa masuk faham rasionalisme dan intelektualisme dalam karya.
Kemudian Zariat Abdul Rani cuba menghubungkan premis ini dengan Gagasan Persuratan Baru oleh Affandi Hassan dengan mengemukakan contoh kritikan terhadap pengangkatan novel TIVI oleh Shahnon Ahmad sebagai hasil karya sastera Islam. Sebagaimana yang telah termaklum Affandi Hassan melalui Gagasan Persuratan Baharu telah menidakkan sejumlah besar karya sastera Melayu moden yang telah diiktiraf mencapai karya bertaraf antarabangsa dan agung. Malah juga mengemukakan istilah lain untuk merujuk kepada profesion kepengarangan iaitu persuratan bukannya kesusasteraan.
Kata kunci 'kemajuan' dan 'kemodenan' yang disindir oleh pengarang lewat makalahnya cuba menolak suatu pandangan Barat terhadap sastera tanah air. Sebagai gantinya Zariat Abdul Rani mengemukakan pandangan Wan Nor Daud yang mahukan istilah 'pembangunan' digantikan dengan 'islah' dan 'pengislahan' yang dianggap lebih tepat membawa makna 'kemajuan' yang membawa kebaikan dan kejayaan.
Saya memahami pemikiran Zariat Abdul Rani, Affandi Hassan dan Wan Nor Daud yang bersumberkan fikrah Al-Attas. Namun harus diingat lapan tahun sebelum Syed Muhammad Naquib Al-Attas mengemukakan syarahan pengukuhannya sebagai Profesor Bahasa dan Kesusasteraan Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia yang mengemukakan Hamzah Fansuri sebagai Bapa Kesusasteraan Melayu Moden, Pendeta Ismail Hussein dalam satu syarahan untuk Royal Asiatic Society di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 27 Februari 1966, telah mendefinasikan kesusasteraan Melayu tradisional sebagai 'All those literary phenomena, be it written or oral, that existed or might have existed about the middle of the 19th century.'
Jelas Ismail Hussein meletakkan tahun 1850-an sebagai titik pemisah antara sastera tradisional dan moden. Faktor utama premis hujah ialah penggunaan alat cetak atau mesin cetak. Sebelum kemunculan alat cetak karya ditulis dengan tangan dan penyebarannya tidak meluas di tengah masyarakat. Namun setelah kedatangan alat mesin cetak di Tanah Melayu dalam tahun 1850-an maka karya Abdullah Munsyi dicetak dan disebarluaskan ke seluruh Tanah Melayu.
Terbuka
Kritikan terbuka kepada sistem feudal dan sikap sesetengah orang Melayu yang negatif merupakan suatu yang tidak ada dalam karya sastera sebelum Abdullah Munsyi. Abdullah Munsyi bukan sahaja mengkritik raja dan orang Melayu yang malas dan tidak pandai menaruh tempat untuk belajar bahasa ibundanya malahan mengkritik sikap pegawai Inggeris yang pemabuk dan tidak memahami hati budi orang Melayu.
Malahan karya Abdullah juga mempunyai data sejarah pada zamannya yang sekaligus dapat dianggap sebagai antara karya sastera sejarah. Secara langsung Ismail Hussein meletakkan Abdullah Munsyi sebagai Bapa Kesusasteraan Melayu Moden kerana isi pemikiran karyanya itu dan teknik kepengarangannya yang jauh lari daripada teks sastera hikayat era sebelumnya. Bagaimanapun penilian per se ke atas kritikan yang dilontarkan Abdullah Munsyi lewat karya autobiografinya haruslah diteliti dalam makalah khusus.
Jadi siapakah Bapa Kesusasteran Melayu Moden? Hamzah Fansuri seperti yang dinyatakan oleh Al-Attas bahawa karya tasawufnya pada abad ke-17 telah membawa pembaharuan dengan kemurnian tauhid yang bebas daripada tahyul, mitos dan kepercayaan khurafat.
Karya sastera Abdullah lebih merakyat sifatnya berbanding karya sufi Hamzah Fansuri yang memerlukan ilmu bantu yakni tasawuf tahap muntahi atau akhir untuk memahami akan karyanya. Namun secara akademiknya kita tidak mempunyai data untuk membuktikan hujahan bahawa karya sufi Hamzah tidak difahami khalayak melainkan sebuah tanggapan awal yang berdasarkan sangkaan.
Justeru, pada pandangan saya tiada sesiapa pun yang layak menggelarkan pengarang itu sebagai Bapa Kesusasteraan Melayu Moden tanah air. Hal ini kerana setiap pengarang membawa perubahan yang tersendiri dalam karya mereka seiring dengan perkembangan ilmu di tengah masyarakat. Jikalau tetap untuk memberikan gelaran tersebut, saya fikir gelaran tersebut bukan bersifat mutlak tetapi suatu persamaan yang membangunkan dunia sastera tanah air. Ada unsur saling meminjam di antara kedua-dua tokoh ini dalam memajukan atau mengislahkan dunia sastera tanah air.
Jikalau Hamzah Fansuri dianggap membawa islah tauhid dan adab dalam karya sufistiknya maka Abdullah Munsyi membawa konsep keterbukaan pemikiran apabila mengkritik sosioekonomi dan sosiopolitik masyarakat pada zamanya. Karya Hamzah Fansuri berorientasikan dalam diri manusia dan hubuangan dengan Tuhan dengan cara memaparkan pengalaman perjalanan kerohanainnya seperti dikaji oleh Braginsky. Manakala Karya Abdullah Munsyi lebih melihat unsur kemasyarakatan dan maslahat umum dalam berbagai-bagai aspek.
Dalam agama Islam kita menerima segala kemajuan dari mana pun datangnya selagi tidak bercanggah dengan Al-Quran dan hadis. Mungkin ada nilai tambahannya iaitu nilai-nilai kenegaraan yang mesti pengarang junjung dalam karyanya dan mengelakkan pentafsiran palsu sejarah seperti mengangkat komunis sebagai pejuang negara.
Suatu yang yang amat penting ialah dari segi adab. Al-Attas menekankan betapa peri pentingnya adap dalam berkarya dengan menyatakan penyemaian adab dalam karya Hamzah Fansuri merupakan suatu tanda penting kemodenan sastera Melayu yang sebelumnya sarat dengan mitos.
Dalam dunia akademik perbincangan dan penataran ilmu dan pemikiran harus ada kerana sifat sastera itu sendiri dinamik. Jikalau seseorang yang mengemukakan sesuatu konsep atau pendekatan baharu itu tiada beradab, sekalipun teori atau pendekatan itu sarat dengan saranan dan prinsip beradab, maka ia tidak membawa makna apa-apa. Dalam hal ini bagi saya, sarjana itu haruslah kembali kepada nilai pegangan ahli akademik yang bersifat rasional dan menjauhi prasangka serta bias melampau. Dan pada akhirnya kemajuan atau keislahan sastera Melayu kita akan terserah juga di tangan para pengarang kita sama ada sasterawan, mapan dan pengarang muda yang sedang membentuk keperibadian kepengarangannya.
Utusan Online ARKIB : 26/01/2011
Dakwah puisi Yadim
Wacana Pemikiran Zaen Kasturi yang berlangsung pada 7 Januari 2011 baru-baru ini, diadakan bagi merai dan menghargai sumbangan Zaen Kasturi kepada dunia kesusasteraan dan penulisan di Malaysia apabila beliau dinobat sebagai pemenang S.E.A Write Award 2010 oleh kerajaan Thailand.
Usaha Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Persatuan Penulis Nasional (Pena) dan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) membuahkan kejayaan apabila ia berlangsung dalam suasana meriah dan diraikan ramai pihak.
S.E.A Write Award adalah akronim untuk The Southeast Asia Write Award atau Anugerah Penulisan Asia Tenggara yang diwujudkan oleh kerajaan Thailand sejak tahun 1979.
Ia bertujuan memberi pengiktirafan kepada para penulis, sasterawan dan seniman ulung dari negara-negara Asia Tenggara yang menganggotai ASEAN.
Zaen Kasturi adalah pemenang ke-32 dari Malaysia, dinilai secara telus dan profesional melalui penghasilan karya-karyanya yang prolifik dan bermakna dalam dunia penulisan tanah air.
Beliau juga berkarya dalam hampir semua genre penulisan dan konsisten dalam setiap pemikiran yang dilontarkan terutama dalam bentuk cerpen dan puisi yang turut memenangi beberapa anugerah berprestij di Malaysia.
Beliau dilihat mempunyai keunikan tersendiri yang perlu dikongsi dengan masyarakat dan peminat dunia kesusasteraan. Merujuk laporan Panel Penilai Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA) 2010 ini, penulisan Zaen Kasturi dikatakan mampu meninggalkan kesan yang kuat dalam mempertingkatkan kedudukan dan martabat kesusasteraan Melayu.
Ini mengingatkan kembali kepada ucapan beliau sewaktu acara 'Baca Cerpen Zaen Kasturi' yang berlangsung di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam, Selangor pada 26 Februari 2005. Zaen menjelaskan, penulis generasi baharu harus berani menghasilkan karya sastera yang tidak terikat pada gaya dan teknik konvensional.
Sebaliknya, mereka amat wajar cuba melakukan pembaharuan agar karya yang terhasil nanti membantu memperkaya khazanah sastera. Zaen juga menyebut bahawa sebuah karya yang bermutu biasanya tidak dibaca oleh khalayak yang ramai, namun karya bermutu akan tetap kekal tanpa ditelan zaman. Malah ia mungkin menjadi karya agung pada masa akan datang.
Dalam ucapannya di malam Anugerah Penulisan Asia Tenggara 2010, di Thailand, Zaen berkata, tanggungjawab seniman atau sasterawan pada zaman yang serba laju dan mencabar ini semakin berat.
"Namun, saya selalu percaya bahawa sastera mempunya peranan yang tersendiri dalam usaha melembutkan dan melunakkan keinginan-keinginan keras dan sumbang akibat percaturan hidup yang pada dasarnya dicipta oleh manusia itu sendiri.
"Inilah antara tanggungjawab dan peranan yang perlu dimainkan oleh penulis atau sasterawan untuk menyimpulkan kembali tali persaudaraan yang kian genting, meratakan semula jurang pemikiran di antara kelompok yang kian dalam dan merapatkan kerenggangan batasan manusia yang dipisahkan oleh sempadan geografi," katanya.
Zaen Kasturi atau nama sebenarnya, Zainal Palit yang bertugas sebagai Ketua Bahagian Strategik di Yadim, dilihat sebagai satu aset yang amat bernilai buat Yadim.
Kehadiran beliau dalam organisasi ini mencetuskan banyak idea yang berkaitan dengan kemampuan beliau melontar pemikiran melalui penulisan dan sastera. Yadim melihat, dunia penulisan begitu besar dan boleh dimanfaatkan dalam pelbagai aspek. Terutamanya dalam bidang dakwah.
Fungsi sastera dan penulisan ialah menyampaikan amanat dan pemikiran untuk mengubah masyarakat ke arah lebih baik.
Sementara itu, Yang Dipertua Yadim, Datuk Aziz Jamaluddin Mhd. Tahir dalam ucapan perasmian Wacana Pemikiran Zaen Kasturi menyatakan kekaguman beliau terhadap pemikiran Zaen Kasturi yang ditumpahkan melalui bidang sastera dan penulisan.
Beliau juga menyatakan kesinambungan kerja-kerja dakwah yang boleh diselarikan dengan bidang sastera dengan cadangan mewujudkan Anugerah Tokoh Sasterawan Muslim bagi rantau Asia Tenggara. Ia bagi mengiktiraf karya sastera Islam sekali gus memberi manfaat kepada masyarakat Islam keseluruhannya. Penganugerahan ini juga, pada masa yang sama mampu melebarkan jaringan ke serata dunia.
Wacana Pemikiran Zaen Kasturi itu turut memuatkan sesi Dialog S.E.A Write Award 2010 oleh Zaen Kasturi dan juga pemenang dari Thailand, Zakariya Amataya yang menceritakan situasi anugerah itu dan karya mereka yang dinilai. Dua panel yang membicarakan pemikiran Zaen Kasturi ialah Dr. Arbak Othman yang memperkatakan tentang 'Anjakan Paradigmatik Puisi Zaen Kasturi' sementara Dr. Mawar Safei pula membicarakan Pencarian: Antara Ambiguiti dengan Anti-Narasi dalam Taman Uzlah Zaen Kasturi.
Pada sebelah malamnya, hadirin dipersembahkan dengan majlis Malam Baca Puisi Zaen Kasturi. Seramai hampir 30 orang termasuk rakan pemuisi, rakan penulis, orang perseorangan serta kakitangan Yadim dan DBP mendeklamasikan puisi Zaen Kasturi.
Antaranya, Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said yang membicarakan tentang situasi Anugerah Penulisan Asia Tenggara (S.E.A) pada zaman kemenangannya pada tahun 1979. Samad Said adalah pemenang pertama anugerah ini.
Selain Samad Said, beberapa rakan penulis dan pemuisi turut menyumbangkan puisi pada malam itu seperti Sasterawan Negara ke-10, Datuk Dr. Anwar Ridhwan, Zakaria Ariffin, Siti Zaleha Hashim, S.M Zakir, Rahimidin Zahari, serta pemuisi generasi muda.
Malam itu juga menyaksikan Yadim 'diserapi' sastera secara sepenuhnya apabila beberapa kakitangan Yadim turut mempersembahkan bacaan puisi untuk Zaen Kasturi. Antara yang mendeklamasikan puisi pada malam itu ialah Timbalan Yang Dipertua Yadim, Datuk Shamsul Najmi Shamsudin; Pengurus Besar Operasi, Dr. Shamsudin Moner dan Noraini Yahaya dari Bahagian Perhubungan.